Seminar Sains & Teknologi dalam Tamadun Islam

Perbahasan sains dan teknologi dalam tamadun Islam, di satu sisi, memang boleh menarik perhatian, terutamanya kepada mereka yang berminat untuk meneroka pengetahuan baru. Meskipun dewasa ini, pengetahuan yang terdapat di Barat cukup maju, namun sebahagian daripada asas-asas pengetahuan mereka sebenarnya merupakan pengaruh dari sumbangan yang terdapat dalam Tamadun Islam. Setakat ini, fakta ini tidak pernah dinafikan secara sistematik.